ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Sunday, September 5, 2010

MOREH PERSATUAN ANAK JAWANG

Assalamu'alaikum

Semalam, 4.9.2010 moreh Anak Jawang di kampung. Agak ramai juga yang hadir. Lupa pula nak ambil gambar. Hasrat teman nak makan gulai kemahang masih tak kesampaian. Nak buat sendiri tak pandai. Nanti naik gatal mulut..insuran tak cover..ha..ha..hah.

Baru saja nak makan berbuka orang rumah bagi mesej anak accident di Highway..keluar dari trowong Jelapang dari Kuala. Terus hilang selera nak makan. Nasib baik kereta saje yang rosak, berpusing dalam hujan, jalan licin, terbabas kat pembahagi jalan..kena tarik guna tow. Polis saman RM 300.00. Kereta hantar ke Worksyop di Bercham. Insuran boleh bayar pun NCB 55% dah belasan tahun maksimum habis le. Hai..anak ..anak...

Berbalik kepada majlis moreh di kampung...kalaulah tak sebab adanya persatuan anak-anak Kg Jawang ini..rasanya tak berjumpalah agaknya. Dikesempatan perjumpaan semalam...sempat juga berbincang mengenai program raya korban nanti. Setakat ini insyalah dah ada 14 peserta. Maknanya 2 ekor lembu akan jadi korban. Bagi jamuan tengahari dan malam rasanya sudah mencukupi. Cuma kalau ada tambahan..bolehlah kita agih-agihkan untuk penduduk kampung.

Pakej program raya ke 4 iaitu mungkin jatuh pada 20.11.2010, Kampung Jawang akan menerima tetamu dari luar dan ahli dan keluarga ahli anak Jawang bagi mengikuti program Forum Perdana pada malamnya. Forum ini akan diadakan di perkarangan masjid dan mendapat kerjasama dari Pengarah JASA.

Diharap sampai-sampaikanlah berita ini kepada sanak saudara sahabat handai supaya dapat sama-sama kita meramaikan majlis korban, jamuan raya, mesyuarat agong persatuan dan forum perdana itu nanti.

1 comment:

jacielhable said...

Las Vegas - Casino, Restaurants & Things to Do - Mapyro
The Wynn 과천 출장마사지 Hotel & Casino features 15 안동 출장안마 restaurants, a full-service spa, live nightly entertainment 충청북도 출장마사지 and 김해 출장샵 a seasonal Olympic-sized outdoor pool. Free parking is available 서귀포 출장안마 onsite