ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Saturday, August 13, 2011

Laura Morla: Sejarah Pekanbaru

0 comments
Laura Morla: Sejarah Pekanbaru: "ASAL MULA KOTA PEKANBARU Nama Pekanbaru dahulunya dikenal dengan nama 'Senapelan' yang pada saat itu dipimpin oleh seorang Kepala Suku..."

Assalamu'alaikum

Wednesday, November 17, 2010

KORBAN DAN FORUM PERDANA

0 comments
Assalamu'alaikum

Adalah dijemput semua warga Persatuan Anak-Anak Kg Jawang tak kira di mana berada ke Majlis Korban Perdana pada Hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat di Jawang Hulu... Chalet Datok Syed Abd Rahman. Malamnya akan diadakan jamuan sup. Esoknya gotong royong untuk memasak dan jamuan makan tengahari. Manakala sebelah petang akan diadakan Mesyuarat Agong Persatuan di Sekolah Kebangsaan jawang diikuti dengan jamuan rengan. Kemuncak program Persatuan iaitu bermula dari sembahyang Maghrib, tahlil, jamuan makan malam, sembahyang isyak dan majlis forum perdana yang akan di adakan di padang Sekolah Kebangsaan Jawang bermula jam 9.00 malam. Forum akan dipengerusikan oleh Dato' Syed Ahmad Syed Shamsuddin.

Untuk makluman semua bahawa bekas guru SKJG iaitu Cikgu Mohd Shamsuddin bin Osman atau dikenali juga dengan panggilan cikgu Sir telah meninggal dunia kira-kita 7 bulan yang lalu. Saya diberitahu oleh isteri Allahyarham semasa saya bercadang hendak menjemput beliau ke Sekolah kita pada majlis Forum Perdana tersebut. Sama-sama kita mensedeqahkan beliau dengan bacaan Al-Fatihah..

Saturday, October 23, 2010

BERITA KEMATIAN

0 comments
Assalamu'alaikum

Inna lillahi wainna ilaihi rojiu'n

Dimaklomkan bahawa Sharifah Zan binti Syed Abdullah..kekanda kepada Tuan Habib Amin telah kembali ke rahmatullah jam 12.30 malam tadi di Hospital Besar Ipoh. Jenazahnya akan dikebumikan di Kg Jawang selepas Zohor hari ini. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Al-Fatihah.

Wednesday, October 13, 2010

MENGGAPAI HAJI

0 comments
Assalamu'alaikum

Sekarang sudah sampai musim haji. Ada yang dapat dan ada yang terpaksa menunggu lagi. Kakak Teman agak malang sikit. Sudah tersinarai untuk menjadi tetamu Allah tapi kerana gigitan serangga di kaki..tak semena-mena membengkak dan akhirnya terpaksa di bedah..dek kerana adanya penyakit kencing manis yang tersedia ada. Itulah nak buat sabit..kata orang kampong.Maka terpaksalah membatalkan pemergiannya. Semoga beroleh kesihatan dan panjang umur dan minta-minta ada rezeki di tahun hadapan.

Cerita pasal sakit ni..teman dapat SMS : Ayah Mior Zakaria (Cikgu Mior) sekarang ada di wad 7A, Tingkat 3 Ipoh Specialist Centre menerima rawatan. Begitu juga Tuan Syed Ekram abang Syed Effendy sekarang ada di Hospital Taiping Wad 5 dan disyaki mengidap barah hati.

Bab barah hati ni...saya pun dok risau juga. Bulan lalu seorang kawan meninggal setelah menderita 2 tahun penyakit tersebut. Paling mengejutkan lagi kawan saya seorang lagi ni, baru sahaja buat rumah terbuka raya..lepas tu dengar-dengar masuk hospital dan doktor mengesahkan kanser hati stage 4. Maknanya beliau sendiri pun tak menyedarinya...

Apa yang kita perlu buat..sebagai ikhtiar kita...? Mungkin kita perlu jaga pemakanan, pembersihan usus, rehat yang mencukupi dan senaman yang konsisten. Ada kawan beritahu untuk menjaga hati kita perlu tidur seawal jam 11.00 mlm. kerana proses pembersihan organ semula jadi berlaku pada waktu 11.00 mlm - 1.00 pagi. Ada logiknya..kerana memandangkan siaran tv yang berbagai sekarang ini mendorong rakyat untuk tidur lewat..wallahualam

Thursday, September 30, 2010

BERITA KEMATIAN

0 comments
Al-Faatihah..

Dimaklumkan pada pagi Rabu, 29.9.2010 Pak Wahab Kulop Ahmad telah pulang ke Rahmatullah di Kg. Pasir Kandang, Jawang. Sama-samalah kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat..aamiin.

Wednesday, September 22, 2010

BERITA KEMATIAN

1 comments
Innalillahi wainna ilaihi rojiu'n..

Sebentar tadi saya menerima mesej diberitakan bahawa Wan Cu Baayah telah meninggal dunia di Kuala Lumpur. Jenazahnya akan dikebumikan di Kampung Jawang tengahari ini. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat..amin.

Monday, September 20, 2010

PETIKAN DARI LAMAN WEB DATO' SYED AHMAD

0 comments

Assalamu'alaikum

Selamat Datang ke Akademi Nusantara bagi menikmati wangian kejayaan berpidato di samping menjana minda ke arah melahirkan pemidato hebat , ilmuan , budiman, beriman, dan jutawan.

"Orang yang bijaksana bercakap kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan sedangkan orang yang kurang bijaksana bercakap hanyalah semata-mata bercakap" - Dato' Dr Syed Ahmad bin Syed Samsuddin Al-Saggof.

Kini peluang anda untuk mengasah dan mencungkil potensi diri dalam pengucapan atau seni pidato nusantara telah terhambar didepan mata.

Rebutlah peluang keemasan untuk mengilapkan potensi anda menjadi pemidato hebat bersama Ikon Pidato Malaysia dan Pakar Motivasi Usahawan yang tidak asing lagi di kalangan pencinta pidato di Malaysia ini.

untuk maklumat lanjut sila layari: http://akademipidatonusantara.com/