ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Wednesday, October 13, 2010

MENGGAPAI HAJI

Assalamu'alaikum

Sekarang sudah sampai musim haji. Ada yang dapat dan ada yang terpaksa menunggu lagi. Kakak Teman agak malang sikit. Sudah tersinarai untuk menjadi tetamu Allah tapi kerana gigitan serangga di kaki..tak semena-mena membengkak dan akhirnya terpaksa di bedah..dek kerana adanya penyakit kencing manis yang tersedia ada. Itulah nak buat sabit..kata orang kampong.Maka terpaksalah membatalkan pemergiannya. Semoga beroleh kesihatan dan panjang umur dan minta-minta ada rezeki di tahun hadapan.

Cerita pasal sakit ni..teman dapat SMS : Ayah Mior Zakaria (Cikgu Mior) sekarang ada di wad 7A, Tingkat 3 Ipoh Specialist Centre menerima rawatan. Begitu juga Tuan Syed Ekram abang Syed Effendy sekarang ada di Hospital Taiping Wad 5 dan disyaki mengidap barah hati.

Bab barah hati ni...saya pun dok risau juga. Bulan lalu seorang kawan meninggal setelah menderita 2 tahun penyakit tersebut. Paling mengejutkan lagi kawan saya seorang lagi ni, baru sahaja buat rumah terbuka raya..lepas tu dengar-dengar masuk hospital dan doktor mengesahkan kanser hati stage 4. Maknanya beliau sendiri pun tak menyedarinya...

Apa yang kita perlu buat..sebagai ikhtiar kita...? Mungkin kita perlu jaga pemakanan, pembersihan usus, rehat yang mencukupi dan senaman yang konsisten. Ada kawan beritahu untuk menjaga hati kita perlu tidur seawal jam 11.00 mlm. kerana proses pembersihan organ semula jadi berlaku pada waktu 11.00 mlm - 1.00 pagi. Ada logiknya..kerana memandangkan siaran tv yang berbagai sekarang ini mendorong rakyat untuk tidur lewat..wallahualam

No comments: