Wednesday, November 17, 2010
KORBAN DAN FORUM PERDANA
Assalamu'alaikum
Adalah dijemput semua warga Persatuan Anak-Anak Kg Jawang tak kira di mana berada ke Majlis Korban Perdana pada Hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat di Jawang Hulu... Chalet Datok Syed Abd Rahman. Malamnya akan diadakan jamuan sup. Esoknya gotong royong untuk memasak dan jamuan makan tengahari. Manakala sebelah petang akan diadakan Mesyuarat Agong Persatuan di Sekolah Kebangsaan jawang diikuti dengan jamuan rengan. Kemuncak program Persatuan iaitu bermula dari sembahyang Maghrib, tahlil, jamuan makan malam, sembahyang isyak dan majlis forum perdana yang akan di adakan di padang Sekolah Kebangsaan Jawang bermula jam 9.00 malam. Forum akan dipengerusikan oleh Dato' Syed Ahmad Syed Shamsuddin.
Untuk makluman semua bahawa bekas guru SKJG iaitu Cikgu Mohd Shamsuddin bin Osman atau dikenali juga dengan panggilan cikgu Sir telah meninggal dunia kira-kita 7 bulan yang lalu. Saya diberitahu oleh isteri Allahyarham semasa saya bercadang hendak menjemput beliau ke Sekolah kita pada majlis Forum Perdana tersebut. Sama-sama kita mensedeqahkan beliau dengan bacaan Al-Fatihah..

Labels:
Anak Pendiat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment