ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Thursday, December 10, 2009

MESYUARAT KOPERASI DAN PERSATUAN ANAK JAWANG

Teman baru sahaja balik dari mesyuarat tersebut. Mesyuarat minta teman masukkan beberapa perkara penting yang diputuskan dalam mesyuarat tadi.
1. Ahli Koperasi Anak Jawang telah mencecah 50 orang dan dijangka mencecah 70 orang sedikit masa lagi.
2. Notis akan dikeluarkan untuk tutup keahlian koperasi sehingga 28.2.2010.
3. Keahlian koperasi adalah RM 105.00. Syarat utama mesti menjadi ahli persatuan Anak Jawang.
3. Bilangan ahli persatuan sehingga kini mencapai 193 orang.
4. Hari keluarga/berkelah dan berehlah ditebing Sungai Perak akan diadakan pada 15.2.2010. Isnin ..cuti Hari Raya Cina. Penyertaan terbuka kepada keluarga ahli. Caj RM 20.00 satu keluarga.Tarikh tutup pada 31.1.2010.
5. Persatuan akan menyusun satu program jimat belanja di mana pada 20.11.2010 akan diadakan majlis korban (Hari Raya Korban), mesyuarat Agong, jamuan raya dan malamnya Forum Perdana. Penyertaan korban dibuka sekarang.
6. Program ziarah warga tua dan kurang upaya akan diadakan pada satu masa yang akan ditetapkan kelak.

No comments: