ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Friday, December 11, 2009

LADANG KONTRAK TANAMAN NENAS(MORRIS)AKAN MENJADI KENYATAAN





Salah seorang anak Jawang yang berminat dalam tanaman Nenas telah dapat mewujudkan Ladang Kontrak bagi tanaman Nenas jenis Morris di beberapa buah kampong berdekatan iaitu Kampong Dato Sagor,Sungai Bendang dan juga Kampong Cepor,Cemor,Perak.Beliau telah dapat menarik ahli bagi tujuan ini,pengeluaran hasil pertama dijangka pada bulan Ogos 2010,peserta Ladang Kontrak itu mendapat Khidmat nasihat dan bimbingan daripada Lembaga Nenas Negara,Daerah Taiping.Dalam usaha melahirkan usahawan tani Ladang Kontrak,penekanan kepada penanguhan kepada piawian prosedur operasi satu persediaan bajet dan rekod ladang bagi membantu petani mengawal kos pengeluaran.Pembeli juga akan mendapat bekalan dan kualiti yang kosisten pada harga yang kompetitif kesan daripada program ladang kontrak ini.Pada awal tahun lepas beliau telah pun menusahakan ladang nenas ini secara percubaan di kampongnya sendiri,hasil dan mutu buah amat memuaskan.Tanaman Nenas ini amat sesuai ditanam sebagai sampingan bersama sawit,getah dan bendang yang ditinggalkan,setiap perekar boleh mengeluarkan hasil sebanyak 13,000 biji dalam jangkaan 10 ke 11 bulan.Jika sekiranya anak Jawang yang berminat boleh berhubung dengan Pak Megat Ismail Tel:019-5634452

No comments: