ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Tuesday, December 8, 2009

MASA KECIL KU DI KAMPUNG JAWANG

Bila teman dengor lagu Masa Kecilku diKampung Karai, tak silap teman nama penyanyinya Sabri, memang tergelak giler. Mana tidaknya tempat-tempat yang disebut dalam lagu tu berkisar Karai,Enggor, Kg Loh, Jawang, Kuala Kangsar sebagai Bandar DiRaja dan lain-lain kampung lagi. Kisah hidupnya dari kecil sampai kebeso adalah suatu yang common sebagai anak kampung.

Tengah hari tadi teman makan di restoren kat Pekan Karai. Ramai juga jumpa orang yang teman kenal makan di situ. Sengaja teman bertanya pada depa tentang lagu tu. Memang depa semua dah tahu. Tapi soalan teman depa naik pening. Teman tanya di mana Kg Karai.Depa orang Karai pun tak tahu kat mana.

Dalam U-tube ada lagu tu, tapi tak berapa jelas.Teman ada lagu tu. Tapi tak tahu nak download dalam blog ni..

Teman berulang ke Jawang, tengok projek tepi tebing Sungai. Cadangnya nak buat dango je. Tolak tanah dah masuk 3 hari. Lebuh seribu duit teman bagi kat Leman.

tut tut tut Megat Jamil telefon. Dia dok marah kat sorang ni. Orang Kampung kita juga. Berpangkat juga orangnya. Kerja kat Putra Jaya. Megat Jamil bagi mesej kat dia mengenai jemputan khas ke satu ceramah. Dia boleh jawap ...aduh!! teman dengor pun merah telinga. Yang tak kena mengena jangan ler pulak terasa.

Sayang ler.. kalau kita langsung tak balik kampung, tu lah jadinya. Wal hal sedara mara memang masih ramai kat kampung. Ziarah le sekali sekala. Dah tinggal kat bandar besar, kadang-kadang boleh lupa asal usul. Lupa...masa kecik-kecik main police centry buaiyan tunggal tebing sungai.

Alamak... sorry ler...gambar tapak dango teman tak boleh upload...internet ni kadang-kadang dia buat meragam..leceh betul...ok..bye bye . Nanti esok-esok teman masukkan gambar tu.[Opocoop!..dah Upload gambar..hehe].




Pandangan dari tapak dangau ke Sungai Perak. Please give some comments about this project. Sometime we have to appreciate whatever we have especially our home land. Wau.. these coming years the river view land will be valuable. Tak caya..? tengoklah nanti.




Pandangan tapak dangau ke rumah lama





Pandangan tapak Dangau dari Jalan

4 comments:

Unknown said...

Salam..
tgh teman dok surf nak cr mp3 lagu Masa Kecilku di Kg. Karai ni la terjumpa blog encik.. hihihi.. seronok baca..

Actually, that songs mmg uncle teman yg nyanyi. Betui la nama dia sabri! org kenei dgn nama Sabri The Bear.. asal2 nya mmg org karei..
Bapak teman pon org karei.. ye la dah nama adik beradik dgn si sabri tu.. (hehehe)
rumah deme bwh jembatan keretapi tu. ade kuarters ayo kate bapak teman..

baru2 ni ade teman dgn bapak pegi ke karei konon nk menjejak kenangan ler di situ.. saje ler menjengok kampung halaman deme... seronok juge ye kwsan karei ni.. tenang aje..

Anonymous said...

assalamualaikum...
teman nie bukan ler org jawang tp kire kiter nie jiran ler juge.kampung teman kt kg enggor.

teman ader dapat berita sedih kjp tadi.En Sabri Mat Akhir yg nyanyi lagu masa kecilku dikg karai tu telah pn pulang kerahmatullah pada 1 Feb 2010 lebih kurang jm 1 pg di hospital Taiping(klu xslh teman le), kerana menghidap penyakit hati.

moga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam para syuhadah..
al-fatihah...

itu jer yg teman nk kabo kn..

Liza @ Adzriel AB said...

alfatihah... chalet haji sukarno.. tapak kisah lang buana ke?

Anonymous said...

Saya nak mencari seorang kawan yg berasal dari kg jawang. Nama dia Ahmad Husaini.. lahir tahun 1964..masa tingkatan 1 hingga 3, pernah bersekolah di Sek Izzuddin Shah, Ipoh.. Sekolah berasrama penuh . Nak tahu adakah beliau masih ada atau telah meninggalkan kita... sudah lebih 35 tahun tak dengar berita tentang dia... siapa yg ada maklumat. Mohon call saya 0199507500 Hafiz