Wednesday, May 19, 2010
Apa Khabar Semua..
Assalamu'alaikum
Sudah agak lama teman tidak menulis di ruangan ini. Walaupun hampir setiap hari blog ini teman kunjungi. Kadang-kadang timbul perasaan sedikit hampa kerana tidak ada tanda-tanda yang blog ini dibuka oleh ahli-ahli anak Jawang sendiri. Kalau ada apa salahnya beri sedikit komen supaya nampak maklum balas dari sahabat semua.
Akan jadi satu ketika nanti di mana Persatuan kita sekadar namanya sahaja. Apa tidaknya asyik dua tiga kerat sahaja yang masih tinggal nyawa-nyawa ikan bagi menyambung hayat persatuan kita ini.
Semalam balik kampung sekejab. Jengok dango tepi sungai yang dah hampir terbengkalai. Kena inject duit lagi baru bergerak. Teruk betul mini projek ni. Janji cuma tinggal janji...aahhh biasalah tu.. Perangai orang kita..melayu yang kian layu.
Minggu lepas adik ipar teman meninggal. Suaminya guru, orang Perak juga, tapi merantau sampai ke Pasir Gudang, Johor. Arwah dibawa balik ke Ipoh. Teman uruskan pengkebumian arwah di sini. Umur 46 tahun. Barah buah dada. Pembunuh kedua selepas jantung bagi rakyat Malaysia. Suami dan anak-anak masih murung..apakan daya terlalu jauh untuk kami kunjungi mereka. Pernah dua kali semasa arwah sakit teman bersama adik beradik arwah menziarah mereka, lapan jam baru sampai. Kira-kira kalau naik kapal terbang boleh sampai ke Jeddah.
Untuk pengetahuan semua, fakta yang teman perolehi bahawa sebahagian besar mereka yang mendapat penyakit ini adalah suri rumah tangga. Kajian menunjukkan bahawa barah ini adalah berpunca dari penggunaan bahan-bahan kimia yang terdapat dalam bahan detergen seperti sabun basuh pinggan, pakaian, pembersih lantai, semburan nyamuk atau pewangi, penggunaan bahan pembersih badan dan kosmetik. Hinggakan anak yang baru lahirpun tanpa kita sedari kita beri kasih sayang dengan bahan kimia beracun yang ada di dalam mandian, krim dan bedak bayi. Kalau tak percaya, pergilah ke kedai buku dan carilah buku kecil PANDUAN CAP : Bahan Penyebab Kanser Dalam kosmetik & Produk Kegunaan Harian. Sampai hari ini pun tidak pernah kita dengar pihak-pihak yang terbabait menyaman Persatuan Pengguna PP ini. Depa tahu orang kita beli kerana iklan.
Jadi apa alternatifnya... Kalau teman bagi tahu nanti kata teman nak berniaga di ruangan ini..Tapi percayalah..memang kita ada pilihan menggantikan semua produk-produk tersebut. Produk yang lebih selamat, berkesan, tanpa bahan kimia merbahaya, organik, menjimatkan dan yang lebih penting ianya selamat untuk seisi rumah.
Teman paparkan di sini. Telefon teman untuk keterangan lanjut: 019-5759861

Labels:
Anak Pendiat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tahniahlah kepada kome semua yang begitu tabah dan terus berusaha untuk mempromosikan persatuan ini. Teman akuilah bahawa teman sendiripun jarang bebeno bukak blogspot ini. Sekali-sekala bukak terasa rindu pada kampung.
Insya Allah akan kuluangkan masa untuk mu.....Jawang.
Post a Comment