ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Tuesday, February 2, 2010

Mesyuarat Persatuan dan Koperasi Anak-Anak Jawang

Mesyuarat telah diadakan pada Hari Isnin 1 hb. Februari 2010.

1. Jumlah keahlian koperasi telah pun melebihi 7o orang. Tarikh tutup permohonan masih sama iaitu 28 hb. Februari 2010 ini. Koperasi terhad kepada ahli yang berdaftar dengan Persatuan Anak-Anak Kg Jawang atau sekiranya belum boleh menjadi ahli kedua-duanya serentak dengan bayaran RM 17.00 untuk keahlian Persatuan dan RM 105.00 untuk keahlian koperasi.

2. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Anak-Anak Jawang akan menghadiri kursus asas koperasi pada 29-30 hb. Mac 2010 dia SKM Petaling Jaya, Selangor. Harap maklum.
3. Hari Keluarga yang akan diadakan pada 15 hb Februari 2010 telah mendapat respon yang menggalakkan. Setakat ini seramai 22 keluarga telah menyatakan persetujuan untuk ikut serta. Caj RM 20.00 per keluarga dikenakan. Sila berhubung dengan Ketua Kampung Suak Ponggor Tuan Syed Khairuddin di talian 013-4392029 untuk tempahan dan maklumat lanjut.

4. Hari Keluarga ini akan diadakan di kawasan yang telah disediakan oleh Yang Berbahagia Datok Syed Abdul Rahman di Teluk Jawang. Aktiviti yang dijangkakan terdiri dari beberapa katagori yang melibatkan kanak-kanak, remaja dan vateran. Mainan tradisi dijangka akan di pertandingkan. Makanan disediakan oleh pihak urusetia.

5. Bagi ahli dan keluarga ahli yang berhasrat untuk menyertai ibadah qurban tahun ini boleh membuat tempahan. Dengan mengambilkira harga semasa pihak AJK menetapkan RM 370.00 sepanggu dan bayaran boleh dibuat secara ansuran. Sila berhubung dengan Tuan Hj. Bakri di talian 013-5759861.

6. Mesyuarat agong persatuan akan diadakan berturutan pada petang majlis ibadah qurban dan malamnya pula akan diadakan forum perdana. Kepada ahli persatuan dan keluarga, bolehlah menyusun dairi percutian Hari Raya Aidil Adha tahun ini di Kampung Jawang. Chalet Seri Dewi tepi Sungai Perak milik Tuan Hj Sukarno mengalu-alukan tempahan anda.

No comments: