ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Thursday, February 11, 2010

HARI KELUARGA ANAK-ANAK JAWANG



Assalamu'alaikum

Terlebih dahulu teman nak mengucapkan selamat balik kampung dan Selamat Datang ke Hari Keluarga Anak-Anak Jawang yang akan diadakan pada 15hb Februari 2010 ini. Teman berjumpa Cikgu Halim di kampung baru-baru ini menyatakan bahawa persediaaan untuk hari tersebut telah dibawa ke mesyuarat urusetia yang dipengerusi oleh Tuan 'Aik' Tok Ketua Kg Suak Ponggor.

Dengor ceritanya Wakil Rakyat kita dah berjanji nak sponsor ais cendol. Ha.. elok le tu..tapi yang teman sedih ni bukan apa... teman dan famili ada program berkonvoi ke Selatan Thailand. Tuan Yang Di Pertua pun join sama. Cuma beliau dan famili terus ke Bangkok. (double clicks gambar di atas untuk melihat kami berkonvoi)

Walaubagaimanapun teman harap hari tersebut dapatlah sama-sama berjumpa kawan dan sahabat handai demi ikatan yang sudah sedia terjalin melalui wadah persatuan kita. Juga teman ingatkan hari tersebut barangkali ada yang nak masuk ahli koperasi masih dibuka lagi dengan bayaran RM105.00 dan kalau belum menjadi ahli persatuan, tambah RM17.00. Mudah-mudahan semuanya selamat...amin.

No comments: