


Kami bertolak dari Ipoh jam 4.30 pagi 13.2.2010. Bersama kami ada lagi 30 ahli dari Perak Estima Group yang berkonvoi dengan membawa keluarga masing-masing. Berbekalkan walkie talkie dan GPS kesemua kami dapat terus berhubung seolah-seolah kami berada di dalam satu kenderaan yang sama.
Proses di sempadan baik di Malaysia maupun di Thailand berjalan lancar. semuanya tersusun. Malah dari Padang Besar sampai ke Hotel di Hatyai kami mendapat escort paling istimewa di mana polis Thai telah bersiap sedia di setiap persimpangan menahan kereta lain dan memberi laluan VVIP kepada rombongan kami.
Diberitakan kehadiran rombongan kami telah mendapat liputan dari pihak televisyen di negara jiran kita.
Makanan tidak menjadi masalah di Hatyai kerana banyak restoren dan gerai-gerai orang islam. Cuma di Songkla perlu berhati-hati.
Antara tempat menarik yang kami kunjungi adalah Pasar terapong di Khlong Hae, kira-kira 20 minit perjalanan menaiki tut tut (teksi) dari hotel kami.













No comments:
Post a Comment