ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Monday, January 4, 2010

TAHUN SATU 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN JAWANG,SALAK UTARA,PERAK

Assalamu'alaikum,
Buat Anak-Anak Jawang,dikesempatan ini ingin teman imbas kembali semasa belajar pada tahun 1966,masa itu teman di tahun satu di Sek.Keb.Jawang.Pada hari pertama pendaftran masuk belajar,alangkah seronoknya dimana rakan sebaya umur mencecah hampir tiga puluh orang di tiga kampong berdekatan,ada rakan senior mengambil kesempatan berniaga pau,karipap serta sagun,memanglah ketika itu wang susah hendak dicari,gaji guru baru RM300 ke RM400 lepasan Maktab.Di sekolah tiada kemudahan asas,terpaksa pergi mencari anak sungai di arah oleh guru,tujuan menyiram pokok bunga dan beristinjak.Bilangan tenaga pengajar seingat teman cuma 5 orang sahaja,untu cover lebih kurang 100 orang murid, seorang guru bahasa Inggeris yang di import khas dari Lenggong,lalu dipanggil Cikgu Sir.Cikgu cikgu dulu kalau mengajar,serba kekurangan bahan rujukan untuk mengajar.Tidak seperti sekarang dengan makmal komputernya dan lain lain lagi.Cikgu dulu pergi mengajar jalan kaki yang ada lebih sikit naik basikal besor.Kesungguhan dalam mengajar teman tabit,kalau tak tumpu betul betul kena penampor,baling beg sekolah keluar melalui tingkap pun ada.Sekarang ni cecuba buat cam tu,rasa rasanya ibubapa boleh terima dak.Dulu dari tahun satu sampailah ke tahun 6 yang muridnya hampir mencecah 100 orang lebih.
Pagi ni bertarikh 04.01.2010 tahun 2010 jam 0700 pagi, teman hatar cucu masuk tahun satu, di Sek Keb Jawang,terkejut besor dibuatnya bilangan yang mendaftar tahun satu 3 orang,cigu ada 12 orang,tukang kebun 3 orang ,ada makmal komputer lagi,tengok sebelah sekolah ada lagi Sekolah Agama Rakyat.Kalau cam ni anak murid misti jadi padai punya boleh sampai PHD,boleh belajar dalam suasana yang selesa,macam ambil guru belajar di rumah, betuahnya anak jenerasi sekarang di Jawang.Harap harap PTD Pelajaran pantau selalu cikgu cikgu ni, pastikan anak murid ini semuanya dapat cemerlang.

No comments: