ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Wednesday, December 2, 2009

BERKUNJUNG KE RUMAH KETUA DUA GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA( GAPENA) DAN KETUA SATU PERSATUAN PENULIS NASIONAL(PENA)






Pada hari raya baru baru ni ,teman bersama keluarga pergi berkunjung ke rumah Bapa Saudara isteri iaitu Presiden Gapena Datuk Baharuddin bin Zainal (BAHA ZAIN).Beliau adalah seorang penulis tersohor dan pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.Dikesempatan ini teman berpeluang bertanya kepada beliau, mengenai isu semasa yang sedang diperjuangkan iaitu pemelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda kita juga
politik malaysia.Kepada Anak anak Jawang yang minat sastera dan penulisan bolehlah menimba ilmu daripada beliau.


Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain)

TOKOH: Baharuddin Bin Zainal, Dato’. Juga terkenal dengan panggilan Baha Zain.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 22 Mei 1939, di Batu 15, Bukit Melintang, Perak.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor, 1946 - 1949. (2). Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak, 190 – 1957. (3). Sekolah Anderson, Ipoh, Perak, 1958 – 1959. (4). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1960 – 1963. (5). Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, Indonesia, 1970 – 1972.

KERJAYA: (1). Penolong Pegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1963 – 1969. (2). Penolong Ketua Bahagian Perkamusan, DBP, 1970. (3). Ketua Cawangan Kajian, Bahagian Perkembangan Sastera DBP, 1972 - 1976. (4). Ketua Bahagian Perkembangan Sastera, DBP, 1977 – 1981. (5). Timbalan Ketua Pengarah DBP, 1982 – 1984. (6). Penerbit Pustaka Cipta Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1984 – hingga sekarang.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Ketua Pengarang majalah Dewan Sastera dan Dewan Budaya serta anggota sidang pengarang jurna Tenggara ketika bertugas sebagai Ketua Bahagian Perkembangan Sastera, 1977 – 1981. (2).Penyusun semula beberapa hikayat lama , iaitu Hikayat Bakhtiar, Hikayat Umar Umayyah dan Hikayat Cekel Waneng Pati. (3). Anggota penyusun Kamus Dewan, terbitan DBP, 1970. (4). Menerbitkan mingguan Berita, ERA ketka mendirikan penerbitannya, Pustaka Cipta Sdn. Bhd , 1985. (5). Ahli Lembaga Pengelola, DBP, 1989 – 1992 dan dilantik semula pada awal tahun-tahun 2000an. (6). Perunding penerbitan bagi majalah terbitan Malaysia Toutism Board, (7). Ahli Mjlis Buku Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (8). Ahli Lembaga Amanah Yayasan Penataran Ilmu. (9). Presiden Ikatan Penerbit-Penerbit Buku Bumiputera Nasional (10) Pengerusi Eksekutif Dasar Padu Sdn. Bhd. (11). Setiausaha Persatuan Penulis Nasional (PENA) 1969/1970. (12). Ketua Dua PENA, 1992 – 1994. (13). Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), 1978/1980.

PENCAPAIAN: (1). Penyusunan semula Hkayat Cekel Waneng Pati oleh beliau telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai bahan bacaan tambahan yang baik untuk pelajar di peringkat sekolah menengah, 1967. (2). Terpilih melanjutkan pelajaran di Universitas Indonesia oleh DBP untuk mengikuti pendidikan khusus tentang masyarakat dan kebudayaan Indonesia dalam satu program pengajian peringkat sarjana, 1970 – 1972. (3). Di peringkat antarabangsa, beliau menyertai Kongres Puisi Dunia ke-2 di Taipei, 1974. (4). Beliau diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai Pengarah Persidanan Penulis-Penulis ASEAN yang pertama yang diadakan di Kuala Lumpur, 1977. (5). Mewakili Malaysia ke Persidangan Bahasa Kebangsaan Negar-Negara Asia di Manila, Filipina, 1972.

INOVASI: (1). Sebagai penerbit, beliau mengambil inisiatif mempelopori penerbitan majalah berita mingguan pertama seumpamanya di Malaysia apabila ERA mula masuk pasaran pada Mac 1985. Walaupun majalah ini tidak kekal bertahan dan menutup tirainya dua tahun kemudian, , tetapi impaknya kepada masyarakat amat besar, terutama dari segi isu dan kandungannya yang mirip majalah Tempo di Indonesia, Time di Amerika Syarikat atau Asiaweek di Hongkong. (2). Pustaka Cipta pimpinan beliau mencadangkan penyelenggaraan program tv. Siri Ilham, 10 episod tentang pemikir dan cendekiawan Melayu dalam pelbagi bidang, terutama bahasa, sastera dan persuratan Melayu, 2002.

KAJIAN: Pada tahun 1972 beliau membuat kajian tentang novel-novel terbaru terbitan Indonesia melalui tesisnya yang berjudul “Manusia Dalam Pergolakan: Satu Analisis dan Tafsiran Novel-novel Indonesia 1966 – 1971”. Tesis kesarjaaan beliau ini adalah di bawah bimbingan pengkritik terkemuka Indonesia, H.B. Jassin.


Salah sebuah buku Dato' Baha Zain "Esei dan Puisi Baha Zain" edisi istimewa yang diterbitkan sendiri.

PENERBITAN/PENULISAN: (1). Perempuan dan Bayang-Bayang , DBP, 1974. (2). Keranda 152, 1967. (3). Teluk Gong, 1967). (4). Dari Kertas Catatan Tengah Malam, 1978. (5). 10 Sajak, 1979. (6). Tiga Catatan Perjalanan, 1978. (7).Hikayat Bakhtiar, 1963. (8). Hikayat Umar Umayyah, yang kemudian menjadi buku teks perinkat SPM 1964. (9). Hikayat Cekel Waneng Pati, 1965. (10). Mendekati Kesusasteraan , 1975. (11). Esei Sastera Baharuddin Zainal, 1980. (12). Thee Sketches from a Journey, (Dwibahasa Melayu dan Inggeris), 1980. (13). Sejumlah 11 antologi puisi besama penulis-penulis lain, antaranya Bahasa Alam yang kemudian menjadi buku teks di peringkat SPM, Lagu Kehidupan dan Bintang Mengerdip.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah SEA Write Award oleh Kerajaan Thailand, 1980. (2). Anugerah Penyair Gapena oleh Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), 1988. (3). Anugerah bintan kebesaran Darjah Cura Simanja Kini (PCM) oleh Sultan Perak, 1986. (4). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kesasteria Mangku Negara (KMN) oleh Sulan perak, 1982. (5). Anugerah bintang kebesaran Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP), oleh Sultan Perak, yang membawa gelaran Dato’, 1998.

No comments: