ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Friday, November 27, 2009

WASPADA MULIAKAN TAMU TIDAK TERJEBAK SIKAP TAKALLUF

Meringankan bebanan yang ditanggung oleh kawan sama ada beban jiwa,pemikiran atau beban kemiskinan,hingga tiada perasaan segan silu untuk berjumpa bagi menyatakan masalah yang dihadapi merupakn kejayaan dalam membina jalinan persahabatan.Berkata Sayidina Ali bin Abi Talib r.a maksudnya,kawan yang paling buruk (perangainya) ialah kawan yang mengada-ngada dalam meraikan dirimu.Akhlak Islam mengasuh kita dalam meraikan kawan yang bertamu,dengan hidangan biasa yang disajikan kepada keluarga sendiri.
Sikap mengada-ngada itu mungkin atas dorongan ingin memuliakan tetamu,malu terhadap tetamu
andainya sajian tidak istimewa.Lantaran itu dia bersusah payah mengadakan sesuatu yang dianggap istimewa,meskipun terpaksa bertindak di luar kemampuan.Untuk tujuan itu dibelinya sesuatu yang tiada pada sajian bias bagi keluarga sendiri.Jika bertindak begitu termasuk dalam 'takalluf',memang tidak selaras dan tidak kena dengan akhlak Islam atas alasan malu.Bagi Sayidina Ali Abi Talib r.a bahawa orang yang mengad-ngada dalam meraikan tamu itu adalah seburuk-buruk kawan.Orang yang baik meraikan tamunya dengan senang hati menghidangkan makanan yang biasa disajikan kepada keluarga setiap hari.Selagi merasa malu dengan hidangan biasa ertinya tidak wujud persahabatan sebenar,seolah orang jauh yang bukan sahabat akrab.Andainya kita dikunjungi jiran dekat,adakah merasa malu menyajikan hidangan harian biasa untuknya?Sebagai jiran dekat sudah mengetahui kehidupan harian kita juga kelaziman makanan harian kita.Apabila disajikan makanan harian dengan ikhlas dan sukarela tidak menimbulkan sebarang tanggapan negatif,yang demikian lebih mulia dan terhindar daripada sikap takalluf.
Walaubagaimanapun menghormati tetamu suatu yang dituntut oleh Islam,oleh itu ada ketikanya(melihat keadaan)menyajikan hidangan istimewa termasuk dalam hormat tertamu (ikram al dhuyuf),tidak termasuk dalam mengada-ngada (takalluf) yang ditegah oleh agama.
fudhail r.a berkata yang bermaksud ,sesungguhnyasaling tidak berkunjung disebakan oleh sifat mengada-ngada(takalluf)
justeru itu untuk menggalakkan kawan bertamu ialah dengan melayannya secara biasa tidak mengada-ngada (takalluf)
berkata jaafar bin muhamad as-sodiq r.a : "sahabatku yang berpaling berat ialah orang yang menagda-ngada untukku,dan aku pun amat berwaspada kepadanya.sahabat yang paling menyenangkan hatiku ialah ketika aku bersamanya bagaikan aku duduk seorang diri".Satu daripada cara hormat sahabat ialah tidak menggangunya dengan ibadat ibadat sunat,seperti yang terdapat segolongan ahli sufi yang bersahabat sedangkan kawanya asyik menikmati makanan,ketika itu dia tidak menyusahkan kawannya supaya berpuasa sunat bersamanya.
Andai sahabatnya sentiasa berpuasa ,dia tidak mengajurkan agarsahabatnya itu berbuka puasa.
Demikian juga jika sahabatnya tidur sepanjang malam ,dia tidak akan menggerakkan sahabatnya agar bersamanya bangun menghidupkan malam (ihya-ul lail).Berkata sebahagian ulama ,sesiapa yang tidak bersikap menyusahkan orang lain ,nescaya akan berpanjanganlah sikap menjinakkan hati dalam persahabatan,Sesiapa yang ringan (sedikit)perbelanjaan dalam berkawan ,akan panjanglah persahabatan dengannya.Sebagaimana kata pepatah Arab,anggaplah sahabat itu seperti adik beradik saudara sendiri,tetapi dalam masalah urusan harta kepunyaanya hendalah seperti berurusan dengan orang asing .Berlaku jujur dan amanah ketika berurusan.Jika seseorang dapat lakukan empat perkara di rumah kawanya tanpa sebarang halangan daripada kawanya maka sempurnalah persahabatannya.Pertama apabila kita masuk ke rumahnya boleh makan makanan yang terdapat di rumahnya.Kedua,masuk ke bilik airnya bebas mandi mand.Ketiga,mendirikan solat.Keempat,tidur selesa.Empat perkara itu lazimnya mendatangkan gangguan kepada keluarganya,tetapi dia tidak merasa demikian meski pun kita makan minum dan mandi manda serta solat juga tidur dengan lena.Itu menandakan persahabatan di tahap yang bernilai murni antara kedua dua pihak.Jika kedua-dua pihak bersahabat rasa senang hati dan merasa gembira dengan empat perkara itu,sesetengah ulama menambah seperrkara lagi; iaitu lakukan secara berkeluarga.Apabila seseorang dapat melakukan lima perkara itu sempurnalah nilai persahabatanya,nescaya akan lenyaplah sikap malu-malu terhadap kedua-dua pihak bersahabat.Akan terpancar keceriaan wajah(indishad) antara kedua-duanya ketika bertemu.Bertemu dalm situasi ceria memang sejajar dengan budaya orang-orang Arab .Terdapat pelbagai ucapan apbila bertemu dikalangan mereka ,antaranya ialah "ahlan wa sahlan wa marhaban" Ahlan bererti salam kekeluargaan,dan wa sahlan ,bermaksud bahawa tuan adalah kemudahan bagi kami,wa marhaban; bermaksud rumah yang selesa untuknya.Ucapan tersebut merupakan buday orang Arab sebelum kedatangan Islam.Meskipun ia mempunyai pengertiaan yang baik,tetapi kedatangan Islam telah menggantinya dengan ucapan yang lebih baik iaitu"Assalamu'alaikum," bererti;salam sejahtera ke atasmu.

No comments: