ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Monday, November 23, 2009

PERTANDINGAN GOLF ANAK-ANAK JAWANG

Saya baru menerima SMS dari Yang DiPertua Persatuan Anak-Anak Jawang, Tuan Hj. Megat Shahrani @Jamil, seperti berikut:
A'kum. Persatuan Anak-Anak Jawang sedang mengumpul nama-nama golfer, pertandingan akan diadakan di RPGC atau Meru, Ipoh pada Ahad 29 N0v 2009. Dapat SMS nama-nama golfer kepada saya atau Dato Hamdan 012-5006454.. sila hebohkan, Terima kasih.

3 comments:

Anonymous said...

terbuka kepada semua ke yob,yuran camana.

Anak Pendiat said...

Bab yuran ni teman langsung tak tahu. Sebabnya teman tak main golf. Kecik-kecik dikampung dulu selalu ler main golf kat kebun getah bapak. Yang tu tak pakai bola..hee. Org main golf ni selalunya tahu bayaran berapa..apa dipanggil tu..duit padang...green fee..ishh..tak tau ler teman. RM 120.00 katernyer ler..

PERSATUAN ANAK-ANAK JAWANG said...

Pertandingan ni terbuka kepada Anak Jawang dan yang bersekutu dengannya.