ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Tuesday, December 1, 2009

MENJEJAKI WARGA TUA JAWANG



Abang Musa sedang berborak sakan dengan Ayah Din. Maklumlah sesekali baru berjumpa..


Semalam teman ke KL atas urusan bisness, clossing hujung bulan. Teringat pulak nak ziarah Tuan Hj Megat Jalaluddin. contact abang teman, Musa yang dah pencen posman kat PJ, dan adik teman Mat Yassin yang cuti MC kat Puchong. Depa kata nak ikut.
Lepas makan tengah hari sup daging korban di rumah Mat kami bertolak.
Berpandukan message Uyah (anak Ayah Din), kami terus menuju ke Lavender Heights, Senawang, N9. Ayah Din dah sedia menunggu. Rupanya Ayah Din dah lama bebeno nak berjumpa dengan teman, hal lama pengajian kami yang dia kurang ingat.
Umur Ayah Din sekarang dah melebihi 80 tahun. Mengikut doktor, beliau mengalami masalah paru-paru yang menyebabkan penat seakan-akan lelah. Biasa dialami oleh mereka yang kuat merokok. Tapi teman tahu Ayah Din ni tak merokok. Uyah kata dedulu Ayah Din ni kuat meracun kebun.

Memang banyak cerita yang Ayah Din luahkan. Cakapnya memang bersemangat. Tapi terputus-putus kerana penat. Dia bertanya Abang, berapa orang anak. Abang jawap dua orang. Sambil melawak Ayah Din merungut kat Abang, "Ngapa sikit sangat, udah le lambat kahwin, penyegan pulak". kami punya la ketawa...

Saya sempat mendengar pantun dari ilhamnya sendiri, berbunyi...

Kampung Jawang Kuala Pelus
Ekor Tanjung Pulau Kemiri
Ada wang ada pulus
Baru ada harga diri

Pulau Peda ke Pulau Kemiri
Kayuh sampan berderap-derap
Tiada harta pada diri
Hak orang jangan diharap

Bapak tiri bapak pernakan
Tak cari tak boleh makan

Sama-samalah kita fikirkan mesej dari ilham Ayah Din ni. Tapi yang cukup saya teruja bila Ayah Din nasihatkan kami bahawa hidup ini jangan sekali fakir syariat. Fakir hakikat memang dituntut.

No comments: