ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Wednesday, November 18, 2009

TO'JAWANG

JAWATAN ORANG KAYA-KAYA SERI ADIKA RAJA SHAHBANDAR MUDA yang pertama disandang
oleh abang To'Keramat Serban Hijau@Empat Penjuru Alam bernama Alang Idris @ To'Jawang bin To'Lintang iaitu anak kepada Tun Kelalang bin Tun Sab'an Balik.Beliau telah di Makamkan di Kg Cegar Galah.Adakah anak-anak jawang bersetuju dengan saya
bahawa kampong Jawang di buka olih Pembesar ini.Kalaulah beliau bermakna umur Kg Jawang sama tua dengan Kg Cegar Galah diseberang Sungai saja dengan kampong kita iaitu kampong yang tertua di Negeri Perak.Akan saya singkap siapa To'Jawang dan siapakah orang pertama yang mendapat Gran kampong Jawang...di post akan datang dengan gambar makam beliau.Harap waris waris beiau dari kg jawang atau luar sana bleh comment dan email kepada saya.










MAKAM SAIYED@SYARIFF SHAMSUDDIN
(Anak cucu cicit ramai di Kg Jawang)








































MAKAM TO'JAWANG DI CHEGAR GALAH
(Gambar ini Ehsan dari Artikel Radzi Sapaiee)
Penulis ini daripada Negeri Johor,sanggup berkerja keras .....bagaimana kita anakanakjawang.
Mengikut dari sumber yang dipercayai Allahyarham Syed Jam bin Saiyed Omar dikatakan
orang yang pertama memiliki grant tanah di Kampong Jawang pada tahun 1886,iaitu untuk
tanah peninggalan yang dipusakai datuknya,Saiyed @ Syarif Alang Muntaha bin Syed Alang Kecil.Menurut R.O Wintedt dan RJ.Wilkinson dalam buku mereka bertajuk A History of Perak,TO'JAWANG sebenarnya adalah panggilan Alang Idris bin TO'Lintang.Saiyed Alang Kecil,genarasi ketiga melalui ibunya bernama Toh Puan Tanjung(anak kepada To'Berolak),adalah sezaman dengan TO'JAWANG @ALANG IDRIS.Toh Puan Tanjung telah berkahwin dengan Tengku Menteri Saiyed @Sharif Shamsuddin dan menperolehi seorang anak bernama Saiyed Alang Kecil (iaitu cucu kepada TO'Berolak),jadi boleh dinyatakan bahawa ALANG IDRIS adalah orang yang membuka Kampong Jawang dan bukannya Saiyed Alang Kecil.

Lalu sampailah kami ke makam Tok Jawang. Beliau mempunyai hubungan persaudaraan yang sangat rapat dengan Tok Terosor.

Di sini kami jadi pening kepala sebentar... Teruk betul semak dan belukar yang kelihatan meliputi kawasan makam. Nasib baik jalan untuk masuk ke makam itu sendiri boleh kelihatan daripada tepi jalan, tidak seperi makam Tok Terosor yang terlindung terus. Tetapi ternyata apabila masuk ke kawasan makam, keadaan di sini jauh lebih teruk!

Maka bertungkus-lumuslah kami membersihkan makam ini. Ceritanya, bersama cerita tentang makam Tok Terosor telah dinukilkan lebih awal di blogspot ini dengan tajuk Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 2...

5 comments:

Anak Pendiat said...

Tok Pendiat siapa pulak.... heh..heh.. Teman nak jadi tok Pendiat pulak lepas ni... tu sebab dok tebang pokok nak clear kawasan nak buat pondok tepi tebing sungai..ok ker..?

Anonymous said...

kampong Jawang pada era th 50an tak silap saya di bawah Parlimen Hulu Perak,pada masa itu Parti yang memerintah PERIKATAN,sebab itu ramai pembesar pembesar dari Ulu Perak serta kaum kerabat serta keturunan Tun Saban ada di sini.Seingat saya pilihan raya pertama Malaysia semasa kempen dijalankan salah seorang penceramah ialah Datuk Haji Saidin bin Mat Piah(lambang kapal layor yob) berceramah di masjid Jawang yang lama.

Anonymous said...

Salam.. Mohon Perbaiki Ejaan..Jika Penulis Tidak Mampu Melakukannya Sendiri, Sila Bawa Ke Mesyuarat Bulanan Untuk Diperbaiki Bersama AJK Persatuan.. Terima Kasih

Anonymous said...

ask,blog ejan x pting ...sma je dgn FB..ji org fhm..drj enam th 60an pun x lulus,syid pting sg jana je,tpi smgat IT ada,tgok klau kita sms... ayt nk buat cam krgan SPM ke,mai le sama buat yob..

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya mencari salasilah keturunan Tok Jawang. Sekiranya ada maklumat atau waris boleh hubungi saya di muzamir82@yahoo.com