ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Friday, November 13, 2009

CUTI SEKOLAH, HARI RAYA DAN KENDURI KAHWIN

2 orang anak aku tak sekolah hari ni..Depa kata buat apa..main je. Mengadap minggu terakhir sekolah sebelum bermulanya cuti panjang dan ramai guru fokus kepada peperiksaan SPM yang akan datang ini kadang-kadang sebagai bapa, aku turut akur apa kata anak-anak..memang ada kebenarannya, lagi pun boleh tolong aku kat kedai. Ramai guru-guru mereka amat mengenali anak aku kerana mereka selalu datang ke kedai beli produk kesihatan.

Alhamdulillah dah hampir dua puluh tahun kami menjalankan perniagaan ini, bermula tahun 1990, menyewa kedai dan sekarang sudah 8 tahun punya bangunan sendiri 3 tingkat di Medan Gopeng, Ipoh.

Biasalah cuti sekolah ni, kad jemputan kahwin banyak diterima. Tapi kawan aku sorang ni pakai SMS je. Pada aku SMS pun sudah memadai. Jimat duit, mudah. Yang pentingnya ada jemputan.

Ha.. Raya Qurban ni tak ada ke orang bandar nak bekorban di kampung. Dalam mesyuarat anak Jawang hari itu, isu ni taklah pulak dibangkitkan.

Apa pun teman mengucapkan selamat menyembut hari raya aidil adha kepada seluruh warga yang related dengan Kampung Jawang dan ingat..sekarang musim hujan.. berhati-hatilah apabila memandu.

No comments: