ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Tuesday, November 10, 2009

BERKUNJUNG KE RUMAH PENJAGAAN ORANG TUA


Pertemuan setelah belasan tahun tidak berjumpa menimbulkan suasana dan rasa terharu antara kami. Walaupun tanpa air mata raungan beliau amat jelas membuktikannya. Siapa tidak mengenali beliau di kampung dulu..walaupun dilahirkan istimewa begitu, Zun yang sekarang berumur 55 tahun, mempunyai ingatan yang kuat dan cepat mengenali orang lain. Saya tanya kepada Zun siapa bersama saya.. beliau menjawap aaa...nak.uuuuu ...Ipin. Terkejut isteri saya... Kami janji nak bawa mee goreng seperti yang diminta. ..tengok la.. dah tahu tempat tu bolehlah bila-bila masa singgah ...Waktu lawatan 10.00 pagi - 7.00 ptg.
Beliau bertanya saya tentang Megat Mahmud.. Saya janji akan beritahu dia.

3 comments:

PERSATUAN ANAK-ANAK JAWANG said...

teman rasa bersalah lama beno tak kunjungi beliau,ingat Zun ingat arwah Opah teman,masa tu anak kecil lagi bila gi Pendiat je ziarah Opah anak pasti tekut...sekarang dh dewasa yob 24 th.nanti balik kena gi tengok,bukan orang lain 2 pupu teman je.

Anonymous said...

Saya baru saja belajar IT dan masih merangkak2 nak buat comment ini. Saya seronok dengar ahli gi melawat adik istimewa kita Zun. Saya ingat dia susah nak dikalahkan dlm mainan catur. Saya tak tau main kalau tak ingin jga gi main dengan dia. Tentang korban pula angan2 haritu ada jga tp tak dpt nak blk. Kalau tak dpt sekali rasa tak seronok.Oh ya sesiapa kalau g melawat Zun belikan apa2 dia berkenanan nak makan. Bila jumpa saya bolihlah tuntut dari saya ya. Salam kat dia jga.Selamat raya korban utk semua Pd cikgu Adam byk2 rihatlah. Tekanan politik amat kuat ka?Ah buat da aje jgn pening2 keapala lah. Kita dah berumurlah!tq

Anak Pendiat said...

Saya berharap kalau tak keberatan masukkan nama dan maklumat lain pada ruang komen atau profile supaya pembaca tahu identiti kita. TQ