ASSALAMUALAIKUM.

Dengan Rendah Diri kami mohon Mendapat Komen Daripada Rakan Rakan Anak Jawang,Atau Sesiapa jua Yang Berminat Mengenai Cadangan Projek "River View Pendiat" Saperti Gambar bergerak Di bawah:

PROJEK RIVER VIEW,PENDIAT

PANDANGAN DARI TAPAK DANGAU KE SUNGAI PERAK. PANDANGAN TAPAK DANGAU DARI JALAN. PANDANGAN TAPAK DANGAU KE RUMAH LAMA

BAWAH: GAMBAR STATIK PROJEK TANAMAN NENAS MORIS DALAM PROSES OLEH SEORANG ANAK JAWANG..

Tuesday, October 27, 2009

Mesyuarat Koperasi dan Persatuan Anak-Anak Jawang

Mesyuarat yang telah diadakan semalam (26.10.09) memutuskan: Antaranya ialah :-
1. Kemasukan ahli-ahli baru dalam Koperasi setakat ini mencapai 62 orang. Kempen kemasukan masih giat dijalankan. Bayaran masuk RM 5.00, Syer wajib RM 100.00 dan Yuran Tahunan RM 24.00. Jumlah RM 129.00
2. Perancangan aktiviti tahun 2009/2010. Antaranya meneruskan program agama, kursus kerjaya, hari keluarga, lawatan dan perjumpaan anak-anak Jawang di Kuala Lumpur.
3. Satu perjumpaan bersama Pegawai Koperasi akan diadakan pada Isnin 2.11.2009 di Pejabat Urusetia Persatuan jam 8.00 malam.

No comments: